Ibu dan ayahku bekerja sebagai guru.Mereka agak disegani di kampungku pada ketika itu. Aku telah dilahirkan oleh ibu pada waktu subuh dimana pada ketika itu pula lampu elektrik telah terpadam kerana terputus bekalan. Mak bidan terpaksa menyambutku dalam keadaan yg agak gelap. Akhirnya aku berjaya dilahirkan pada 27/10/1970.
Sewaktu umurku 5 thn aku dimasukkan ke tadika Convent, dan ketika 6 thn aku dimasukkan ke tadika Al-Masriyah. Kemudiannya aku bersekolah rendah di SK Tanah Liat. Aku boleh dikatakan antara murid kesayangan guru, kerana agak cemerlang dalam pendidikan. Aku berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan penilaian darjah 5. Ibu dan ayahku gembira dgn keputusan itu. Aku diberi hadiah menaiki kapal terbang dr kuala lumpur ke kampung halamanku.
Bagi pendidikan menengah, aku telah bersekolah di SMKA Al-Irsyad. Keputusan peperiksaan SRP dan SPM aku juga agak baik semasa di sini. Semasa di sini jugalah aku mula mengenali kehidupan dunia tanpa ibu dan ayah di sisi. Pada ketika ini kawan-kawan dan suasana persekitaran mula memainkan peranan mencorakkan kehidupanku. Hati yang pada asalnya putih bersih, telah mula ternoda. Keseronokan dunia dan peluang yg terbuka untuk menikmatinya tidak pernah dilepaskan. Tambahan pula dgn tidak adanya matlamat hidup pada ketika itu. Cita-cita hidup hanyalah mainan bibir.
bersambung...